PENANJONG GARRISON, Tuesday, 20 July 2021 – The Chemical, Biological, Radiological and Explosive Defense Unit, Support Battalion, Royal Brunei Land Force (CBRE Defense Unit, Sp Bn, RBLF) conducted a Vehicle Search Workshop at Sp Bn Cook House, Penanjong Garrison.
The workshop was attended by 33 participants comprised of personnel from First Battalion RBLF (1Bn RBLF), Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), Third Battalion RBLF (3Bn RBLF) and Support Battalion RBLF (Sp Bn RBLF). During the workshop, several activities were carried out which included a presentation on vehicle search, conducting comprehension tests for the military personnel involved and practical lessons on conducting vehicle search.
The workshop aimed to prepare RBLF military personnel for the upcoming Hikmat Bersatu VI Exercise. It is also one of the CBRE Defense Unit, Sp Bn, RBLF's initiatives to enhance the competency of the RBLF personnel in conducting vehicle searches according to the proper Techniques, Tactics and Procedures (TTP).
BENGKEL GELEDAH KENDERAAN KELOLAAN UNIT PERTAHANAN KIMIA, BIOLOGI, RADIOLOGI DAN LETUPAN BATALION BANTU TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Selasa, 20 Julai 2021 – Unit Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (KBRL Bn Bantu TDDB) telah mengendalikan Bengkel Geledah Kenderaan bertempat di Rumah Masak Bn Bantu TDDB, Penanjong Garison.
Bengkel tersebut dihadiri oleh seramai 33 peserta kursus yang terdiri daripada anggota Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB), Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) dan Bn Bantu TDDB.
Semasa bengkel tersebut dijalankan, antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah penyampaian taklimat mengenai geledah kenderaan, mengendalikan ujian kefahaman bagi anggota yang terlibat dan membuat praktikal menggeledah kenderaan.
Bengkel ini diadakan dengan tujuan untuk mempersiapkan anggota-anggota TDDB sebelum menjalani Eksesais Hikmat Bersatu VI. Ianya juga merupakan salah satu inisiatif daripada Unit Pertahanan KBRL Bn Bantu TDDB untuk meningkatkan kompetensi anggota-anggota tentera dalam melaksanakan penggeledahan kenderaan mengikut Teknik, Taktik dan Prosedur (TTP) yang betul.